BIDADARI BERDASARKAN AL-QUR'AN DAN HADIST
Bidadari syurga, makhluk yang telah sangat indah yang telah Allah
ciptakan untuk hamba-hambaNya yang soleh, yang berbuat kebaikan, yang
layak untuk memasuki syurga. Diceritakan bahawa bidadari-bidadari
syurga ini terlalu rindukan suaminya di dunia dan teringin melihat
suaminya di dunia, namun tidak diberi izin oleh malaikat penjaga syurga.
Suatu hari mereka meminta izin dari Allah untuk menjenguk ke bumi bagi
melihat suami mereka dan telah diizinkan. Bidadari-bidadari ini dapat
mengenal siapa suami mereka kerana di dada mereka telah tertulis nama
suami yang mereka rindui.
Apabila melihat ke bumi, mereka
terlihatlah bidadari-bidadari akan isteri bagi suami mereka di dunia
tidak taat serta berbuat derhaka kepada suami, lalu bidadari syurga itu
berkata, “Janganlah kamu menyakitinya, semoga Allah memerangimu,
sesungguhnya dia hanyalah tamu di sisimu, sebentar lagi dia akan datang
kepada kami dan meninggalkanmu.” Di dalam Al-Quran dan hadith banyak
sekali dijelaskan ataupun digambarkan tentang susuk bidadari yang
bertempat di syurga dan bersedia melayani para ahli Jannah.
AL-QURAN
Mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada
semuanya itu? Iaitu bagi orang-orang yang bertaqwa disediakan di sisi
Tuhan mereka beberapa syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai,
mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga
pasangan-pasangan/isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula)
keredaan dari Allah. (Al-Imran:15)
Demikianlah keadaannya; dan
Kami jadikan kawan teman mereka bidadari-bidadari yang putih melepak,
lagi luas cantik matanya. (Ad-Dukhan:54)
Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya. (Al-Waqi’ah:22)
Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan
istimewa, serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah
disentuh). (Al-Waqi’ah:35-36)
Dan di sisi mereka pula
bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka
semata-mata), lagi yang sebaya umurnya. (Sad:52)
Di dalam
Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu
(kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka
oleh manusia dan jin; maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan
kamu, yang kamu hendak dustakan? Bidadari-bidadari itu (cantik berseri)
seperti permata delima dan marjan. (Ar-Rahman:56-58)
Sedang di
sisi mereka ada pula bidadari-bidadari yang tidak menumpukan
pandangannya melainkan kepada mereka, lagi yang amat indah luas matanya.
(As-Saffat:48)
Dalam kedua-dua Syurga itu juga terdapat (bidadari-bidadari) yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya. (Ar-Rahman:70)
Ia itu bidadari-bidadari, yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal
masing-masing; maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu,
yang kamu hendak dustakan? (Bidadari-bidadari itu) tidak pernah disentuh
sebelum mereka oleh manusia dan tidak juga oleh jin. (Ar-Rahman:72-74)
HADIST
Rasulullah s.a.w bersabda: “Jika salah seorang bidadari menampakkan
wajahnya, nescaya akan menerangi antara langit dan bumi.” (H.R. Bukhari)
Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: Allah Azza wa Jalla
berfirman, “Aku siapkan bagi hamba-hambaKu yang soleh sesuatu yang tidak
pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga dan tidak
pernah terlintas oleh fikiran.” (H.R. Bukhari dan Muslim)
Dari
Anas bin Malik r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Jibril mengatakan
kepadaku bahawa ketika orang mukmin masuk syurga, akan disambut oleh
bidadari dengan pelukan hangat dan erat. Dengan jari dan telapak tangan
manakah akan dibandingkan kelembutan dan keindahannya, kalau lambaiannya
akan memadamkan sinar matahari dan bulan?” (H.R. Thabrani)
Rasulullah s.a.w bersabda: “Sekiranya salah seorang bidadari syurga
datang ke dunia, pasti ia akan menyinari langit dan bumi dan memenuhi
antara langit dan bumi dengan aroma yang harum semerbak. Sungguh penutup
kepala salah seorang wanita syurga itu lebih baik daripada dunia dan
seisinya.” (H.R. Bukhari dan Muslim)
Dari Anas bin Malik r.a,
Rasulullah s.a.w bersabda: “Jika sehelai saja dari rambut bidadari jatuh
ke bumi, nescaya wanginya akan meliputi seluruh timur dan barat.” (H.R.
Ath-Thabrani)
Ibnul Qayyim memberikan penjelasannya mengenai
hal ini: “Mengenai rambut bidadari ada dua sifat kontradiktif yang
membuat kecantikannya semakin nyata dan memikat. Pekatnya hitam rambut
terpadu dengan putihnya wajah dan mata yang bersinar cemerlang. Sungguh
kontras sekali, namun disitulah letak kecantikannya.” (Kitab Hadzil
Arwah:316)
Rasulullah s.a.w bersabda: “Rombongan yang pertama
masuk syurga adalah dengan wajah bercahaya bak rembulan di malam
purnama. Rombongan berikutnya adalah dengan wajah bercahaya seperti
bintang-bintang yang berkilau di langit. Masing-masing orang di antara
mereka mempunyai dua isteri, dimana sumsum tulang betisnya kelihatan
dari balik dagingnya. Di dalam syurga nanti tidak ada orang bujang.”
(H.R. Bukhari dan Muslim)
Rasulullah s.a.w bersabda: “Penghuni
syurga boleh mencermin melihat wajahnya di pipi bidadari yang mulus
itu.” (H.R. Al-Baihaqi dan Al-Hakim)
Dari Anas bin Malik,
Rasulullah s.a.w bersabda: “Seandainya bidadari meludah pada tujuh
lautan, nescaya air laut akan tawar kerana keindahan dan kemanisan
mulutnya, kerana bidadari terbuat dari za’faran.”
Dalam sebuah
riwayat oleh Hafidz Abu Bakar Al-Ajri, dari Imran bin Hasyim dan Abu
Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda: “Mahligai-mahligai (istana) di
syurga itu tercipta dari Lu’lu, dan pada tiap-tiap mahligai itu ada
tujuh puluh kampung dari Yaqut yang merah dan pada tiap-tiap kampung ada
tujuh puluh rumah daripada Zamrud yang hijau; dan tiap-tiap rumah ada
tujuh puluh tempat tidur; dan tiap-tiap tempat tidur ada tujuh orang
perempuan dari bidadari.”
Rasulullah s.a.w bersabda: “Sungguh
tutup kepala salah seorang wanita surga itu lebih baik daripada dunia
dan seisinya.” (H.R. Bukhari dan Muslim)
Dari Anas r.a,
Rasulullah s.a.w bersabda: “Seorang mukmin di syurga diberi kekuatan
untuk menjimak isterinya sekian dan sekian.” Sahabat bertanya, “Wahai
Rasulullah, apakah ia begitu kuat?” Baginda s.a.w bersabda, “Ia akan
diberi kekuatan seratus orang laki-laki.” (H.R. Tirmidzi)
Dari
Ummu Salamah r.a, ia berkata: Saya bertanya, “Wahai Rasulullah, manakah
yang lebih utama, wanita dunia ataukah bidadari yang bermata jeli?”
Baginda s.a.w menjawab, “Wanita-wanita dunia lebih utama daripada
bidadari-bidadari yang bermata jeli, seperti kelebihan apa yang tampak
daripada apa yang tidak tampak.” Saya bertanya, “Kerana apa wanita dunia
lebih utama daripada mereka?” Baginda s.a.w menjawab, “Kerana solat
mereka, puasa dan ibadah mereka kepada Allah. Allah meletakkan cahaya di
wajah mereka, tubuh mereka adalah kain sutera, kulitnya putih bersih,
pakaiannya berwarna hijau, perhiasannya kekuning-kuningan, sanggulnya
mutiara dan sisirnya terbuat dari emas. Mereka berkata, ‘Kami hidup
abadi dan tidak mati, kami lemah-lembut dan tidak jahat sama sekali,
kami selalu mendampingi dan tidak beranjak sama sekali, kami redha dan
tidak pernah bersungut-sungut sama sekali. Berbahagialah orang yang
memiliki kami dan kami memilikinya’.” (H.R. Ath-Thabrani)
Riwayat Ibnu Abbas r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya di
dalam syurga itu terdapat bidadari-bidadari. Dikatakan kepadanya,
namanya ‘Aina’, ia diciptakan dari empat unsur, iaitu misik, kafur,
anbar dan za’faran. Semua bidadari-bidadari itu sangat merindukan
suami-suami mereka. Andai sekali saja bidadari-bidadari itu meludah di
dunia maka tawarlah lautan tersebut lantaran ludahnya. Tertulis pada
tengkuknya, ‘Barangsiapa yang suka akan dirinya seperti aku, maka
beramal dengan ketaatan kepada Tuhannya’.”
Riwayat Ibnu Mas’ud
r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya ketika Allah menciptakan
syurga ‘Adn, Dia memanggil malaikat Jibril, berangkatlah engkau ke
syurga ‘Adn dan lihatlah apa yang telah aku ciptakan untuk hamba-hambaKu
dan wali-waliKu. Maka berangkatlah Jibril ke syurga ‘Adn dan
mengelilingi syurga tersebut. Maka salah seorang bidadari dari penghuni
istana-istana syurga yang masih perawan dan matanya bersinar-sinar
memuliakannya, lalu bidadari itu tersenyum pada malaikat Jibril, maka
menjadi teranglah syurga ‘Adn kerana gigi-giginya. Lalu malaikat Jibril
bersujud, ia menyangka cahaya itu berasal dari Nur Tuhan Yang Maha
Mulia. Maka bidadari itu memanggil malaikat Jibril, “Wahai makhluk yang
dipercayai Allah s.w.t, tahukah engkau untuk siapa aku diciptakan?” ucap
bidadari jelita itu. “Tidak,” jawab malaikat Jibril. “Sesungguhnya aku
ini diciptakan oleh Allah s.w.t untuk orang yang memilih redha Allah
s.w.t daripada menuruti hawa nafsunya,” ungkap bidadari itu.”
Di dalam kitab Daqoiqul Akbar Fii Dzikril Jannati Wan-Nar karya Imam
Abdirrahim bin Ahmad Al-Qadhiy disebutkan: Rasulullah s.a.w bersabda,
“Allah s.w.t menciptakan wajah bidadari dari empat warna, iaitu putih,
hijau, kuning, dan merah. ALLAH menciptakan tubuhnya dari minyak
za’faran, misik, anbar dan kafur. Rambutnya dari sutera yang halus.
Mulai dari jari-jari kakinya sampai ke lututnya dari za’faran dan
wangian. Dari lutut sampai payudara dari misik. Dari payudara sampai
lehernya dari Anbar dan dari leher sampai kepalanya terbuat dari kafur.
Seandainya bidadari itu meludah sekali di dunia, maka jadilah semua air
di dunia Kasturi. Di dadanya tertulis nama suaminya dan nama-nama Allah
s.w.t. Pada setiap tangan dari kedua tangannya terdapat sepuluh gelang
dari emas, sedangkan pada jari-jarinya terdapat sepuluh cincin, dan pada
kedua kakinya terdapat sepuluh binggal (gelang kaki) dari Jauhar dan
permata.